Collector
Anwar seru komitmen global terhadap diplomasi | Collector
Anwar seru komitmen global terhadap diplomasi
Sinar Harian

Anwar seru komitmen global terhadap diplomasi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menggesa konflik di Asia Barat dikendurkan segera dan komitmen global terhadap diplomasi, sambil memberi amaran keganasan berterusan berisiko mencetuskan kesan ekonomi dan keselamatan yang lebih buruk.Semasa menyampaikan ucap tama di Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026, di sini, pada Selasa, Anwar menyifatkan situasi semasa di Asia Barat sebagai "realiti yang amat sukar dan menyedihkan", yang menyaksikan ribuan nyawa terkorban, kemusnahan infrastruktur awam dan serangan sembarangan ke atas kemudahan kritikal."Ketika kita berkumpul untuk memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Turki, kita melakukannya pada saat dunia sekali lagi berdepan dengan realiti yang sukar dan menyedihkan iaitu tragedi perang di Asia Barat," kata beliau.Anwar berkata, konflik yang berterusan telah mengakibatkan penderitaan kepada manusia, dengan beribu-ribu nyawa orang awam tidak bersalah terkorban, termasuk kanak-kanak sekolah, dibunuh beramai-ramai ketika mencari perlindungan di bilik darjah mereka, jambatan dimusnahkan dan kemudahan minyak serta nuklear juga dibom."Kehilangan nyawa dan harta benda terus meningkat, walaupun usaha diplomatik sedang dijalankan untuk menghentikan keganasan dan memulihkan kestabilan," kata beliau.AKAN MENYUSUL

Go to News Site