Collector
Hasil Sabah 40 peratus: Tiada alasan tangguh semakan kelayakan - Ronald | Collector
Hasil Sabah 40 peratus: Tiada alasan tangguh semakan kelayakan - Ronald
Sinar Harian

Hasil Sabah 40 peratus: Tiada alasan tangguh semakan kelayakan - Ronald

SHAH ALAM - Tiada alasan untuk menangguhkan semakan kelayakan 40 peratus hasil Sabah seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi dan dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, proses semakan mesti diteruskan segera, secara serius dan dengan keikhlasan politik yang nyata.Menurutnya, ini kerana semakan adalah inti penting kepada tuntutan perlembagaan dan berdiri berasingan daripada isu pelaksanaan bayaran."Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mesti tampil dengan ketelusan penuh. Rakyat Sabah berhak mengetahui perkembangan sebenar."Apakah mekanisme semakan yang dipersetujui sebelum ini dan garis masa yang jelas ke hadapan."Isu ini tidak boleh lagi diurus secara tertutup atau bertangguh," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil diperoleh daripada negeri itu.Dalam memberikan perintah penangguhan itu, Hakim Zaini Mazlan berkata Putrajaya akan ‘jelas terjejas’ jika dipaksa melaksanakan perintah itu tanpa diberi peluang mengemukakan hujah dalam rayuan.Mengulas lanjut, Ronald memberitahu, perintah stay oleh Mahkamah Rayuan adalah khusus terhadap pelaksanaan pembayaran 40 peratus hasil Sabah yang tertunggak.Jelasnya, ia merupakan suatu amaun yang sememangnya besar dan mempunyai implikasi fiskal ketara kepada Kerajaan Persekutuan."Dalam hal ini, Sabah memahami realiti kewangan negara dan tidak pernah berniat menjejaskan kestabilan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan."Namun, perintah stay tersebut sama sekali tidak menjejaskan kewajipan untuk melaksanakan semakan hak 40 peratus Sabah," ujarnya.

Go to News Site