Collector
Ayam, babi sejuk beku RM2.2 juta dirampas | Collector
Ayam, babi sejuk beku RM2.2 juta dirampas
Sinar Harian

Ayam, babi sejuk beku RM2.2 juta dirampas

PELABUHAN KLANG – Daging ayam dan babi sejuk beku seberat 112.8 tan bernilai lebih RM2.2 juta yang dibawa masuk tanpa permit import sah melalui Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini dirampas baru-baru ini.Daging yang dimuatkan dalam empat kontena itu dipercayai bagi pasaran musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri lalu.Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, rampasan dibuat menerusi Op Petasan pada 6 Februari lalu."Hasil pemeriksaan mendapati tiga buah kontena mengandungi daging ayam sejuk beku seberat 84,000 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.3 juta termasuk duti dan cukai."Sebuah lagi kontena melibatkan 28,880 kg daging babi sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM924,160," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan mendapati kontena-kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 16 dan 20 Januari lalu.Katanya, dagangan itu berasal dari sebuah negara di Asia dan dibawa masuk tanpa permit import yang tertakluk di bawah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).Jelasnya, kontena-kontena yang mengandungi barangan dagangan itu diikrar secara tidak benar sebagai barangan makanan sejuk beku.Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

Go to News Site