Collector
LCS, projek mega pertahanan diteruskan ikut jadual - Adly | Collector
LCS, projek mega pertahanan diteruskan ikut jadual - Adly
Sinar Harian

LCS, projek mega pertahanan diteruskan ikut jadual - Adly

LUMUT – Projek strategik pertahanan negara termasuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan meskipun kerajaan melaksanakan langkah penjimatan susulan krisis tenaga global.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, semua projek berkepentingan strategik termasuk yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 kekal dilaksanakan mengikut jadual bagi memastikan aspek keselamatan dan kedaulatan negara tidak terjejas."Buat masa ini kita tidak menangguhkan sebarang projek kerana ia melibatkan keselamatan serta perancangan jangka panjang pertahanan negara."Projek semasa seperti LCS dilaksanakan mengikut jadual dan kita pastikan ia disiapkan sebagaimana dirancang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Ikhtiar Autisme Angkatan Tentera Malaysia (IA-ATM) di PPDK Lautan Kasih, Pangkalan TLDM Lumut, di sini pada Selasa.Hadir sama, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor; Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (Takspa) ATM, Brigedier Jeneral Mohd Sam Mohd Yusof dan Komander Pengkalan Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi.Turut hadir, Ketua Syariah Kumpulan Tabung Haji, Imran Mohamad Khayat dan Penaung NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin.Adly menjelaskan, penangguhan projek berskala besar hanya akan memberi implikasi kewangan lebih besar kepada kerajaan dalam jangka panjang selain menjejaskan keupayaan pertahanan negara."Lebih lama kita tangguh, impak kewangan akan jadi lebih besar dan ini juga menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan kita."Dalam isu ini, operasi di darat, laut dan udara adalah aspek keselamatan yang kita beri tumpuan...tidak akan terjejas walaupun kita melaksanakan langkah penjimatan," katanya.Mengulas sambutan Hari TLDM ke-92 yang dijadualkan Mei ini, Adly berkata, ia tetap diteruskan, namun dengan pendekatan berbelanja secara berhemah.Katanya, kementerian ketika ini melaksanakan langkah penjimatan termasuk pengoptimuman penggunaan tenaga di bangunan dan pejabat bagi mengurangkan kos operasi selain membantu kerajaan mengurus subsidi secara lebih berkesan."Kita akan nilai setiap program, mana yang boleh jimat kita jimat, tetapi program penting termasuk latihan dan program bersama masyarakat tetap diteruskan," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) akan dilaksanakan secara terpilih di kementerian berkenaan."BDR akan dilaksanakan secara bersasar dan kita akan dukung usaha ini sebagai sebahagian langkah penjimatan," katanya.End

Go to News Site