Collector
Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau - Zambry | Collector
Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau - Zambry
Sinar Harian

Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau - Zambry

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia di luar negara secara keseluruhannya berada dalam keadaan selamat walaupun berdepan dengan situasi geopolitik semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam memantau kebajikan dan keselamatan pelajar Malaysia di luar negara."Kita akan teruskan usaha membantu mereka dan apa sahaja bantuan akan dikendalikan berdasarkan kes demi kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 di sini, pada Selasa.Beliau berkata, situasi yang dihadapi pelajar berbeza mengikut negara termasuk dari segi jumlah dan cabaran setempat.Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, KPT tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah di institusi pendidikan tinggi (IPT).Beliau berkata, sebarang isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah di mana-mana IPT sama ada pada peringkat universiti, politeknik dan sebagainya perlu dipandang serius tanpa mengira skala.Zambry berkata, KPT sentiasa memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan atau semakan kes, selain merujuk kepada Jabatan Audit Negara dalam perkara berkaitan penggunaan sumber kewangan dan pelaksanaan projek. - Bernama

Go to News Site