Collector
Kereta terbakar, dua cedera nahas lima kenderaan | Collector
Kereta terbakar, dua cedera nahas lima kenderaan
Sinar Harian

Kereta terbakar, dua cedera nahas lima kenderaan

MELAKA - Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan dengan sebuah daripadanya terbakar dalam kejadian di hadapan Bazar Mara Jalan Bertam Malim menghala ke Cheng di sini pada Selasa.Kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu menyebabkan dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an cedera sebelum diselamatkan orang awam.Seorang pekerja swasta, Shahrizal Ahmad, 48, berkata, dia melihat kejadian itu dari bangunan tempat kerjanya yang terletak dianggarkan 40 meter dari lokasi selepas terdengar dentuman kuat."Sebuah Proton Saga FLX terbakar dan beberapa individu daripada kenderaan terlibat turut dilihat mengalami kecederaan."Ada mangsa keluar dengan bantuan orang awam dan ada juga yang keluar sendiri," katanya pada Selasa.Sementara itu Komander Operasi, PBK I Sihan Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.31 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng digerakkan ke lokasi kejadian.Katanya, kebakaran dipercayai berlaku selepas pelanggaran membabitkan kereta Toyota Vios, Mercedes, kren jenis Tadano, Perodua Bezza serta Proton Saga FLX."Kebakaran melibatkan kereta Proton Saga FLX dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus."Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.46 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.11 pagi," katanya.

Go to News Site