Collector
Rumah ADUN Seremban Jaya musnah terbakar | Collector
Rumah ADUN Seremban Jaya musnah terbakar
Sinar Harian

Rumah ADUN Seremban Jaya musnah terbakar

SEREMBAN – Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Datuk P Gunasekaran di Kampung Baru Rahang di sini musnah dalam kebakaran pada malam Isnin.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika semua penghuni keluar pergi makan.Gunasekaran berkata, beliau menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.40 malam selepas dihubungi oleh penduduk setempat."Rumah tersebut kini didiami oleh adik saya bersama isteri serta dua anak mereka dan ketika kejadian, kesemuanya keluar makan."Saya tinggal kira-kira 400 meter dari situ dan sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran itu, saya terus bergegas ke lokasi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Bagaimanapun, ujarnya, sebaik tiba di lokasi, hampir keseluruhan rumah tersebut telah pun terbakar dan tiada barang yang sempat diselamatkan.Menurutnya, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sedih apabila rumah yang dibeli pada tahun 1990 itu musnah sepenuhnya."Saya pernah tinggal di situ bersama keluarga termasuk ibu bapa dan adik-beradik selepas membelinya pada tahun 1990."Selepas beberapa tahun, saya berpindah ke rumah lain manakala adik saya terus menetap di situ," katanya.

Go to News Site