Collector
'Abang menangis, berulang kali kejutkan adik sudah kaku atas jalan' | Collector
'Abang menangis, berulang kali kejutkan adik sudah kaku atas jalan'
Sinar Harian

'Abang menangis, berulang kali kejutkan adik sudah kaku atas jalan'

ALOR SETAR – "Selepas kemalangan, abang (anak lelaki) cuba gerakkan adiknya yang sudah kaku di atas jalan. Mungkin dia ingat adiknya hanya pengsan".Demikian kata Noor Azura Abdul Halim, 43, ibu kepada Auni Afiqah Hadi, 3, yang maut dalam kemalangan motosikal Honda C70 dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, awal pagi Selasa.Turut maut adalah ibu saudaranya, Che Rahmah Abdul Karim, 76, manakala seorang lagi mangsa, Abdul Hafiz, 9, yang juga abang kepada Auni Afiqah, dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.Menurut Noor Azura, anak lelakinya berulang kali cuba mengejutkan adiknya sambil menangis kerana menyangka mangsa hanya pengsan."Anak lelaki saya masih belum tahu adiknya sudah tiada sebab masih di wad untuk rawatan."Selepas ini, saya akan maklumkan kepada dia dan bawanya melihat adik buat kali terakhir sebelum dikebumikan," katanya semasa ditemui di di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Jelas pengawal keselamatan itu, semasa kejadian dia sedang bertugas di di Hospital Kuala Nerang, manakala suaminya pula pulang ke Pahang kerana ibunya kurang sihat.Menurutnya, pada awalnya ramai menyangka dia terlibat dalam kemalangan tersebut kerana kedua-dua anaknya membonceng motosikal sebelum dimaklumkan penunggang adalah ibu saudaranya yang dipanggil Mami."Biasanya suami yang hantar anak ke sekolah, tetapi pagi tadi dia tiada. Ada saudara yang akan hantar mereka, namun saya memang tidak akan minta arwah Mami hantar kerana waktu pagi jalan sibuk."Saya kemudian minta saudara menjenguk mereka di rumah dan dimaklumkan mereka sudah tiada sebelum menerima panggilan mengenai kemalangan," ujarnya.Tambah Noor Azura, semasa dia tiba ke lokasi kejadian mendapati jasad Auni berada di tepi jalan manakala jasad Mami di garisan putih tengah jalan dan ditutupi dengan kain.Sementara itu, anak tunggal Che Rahmah, Kusairi Kassim, 44, ketika ditemui berkata, kehilangan ibunya amat dirasai apatah lagi ulang tahun kelahiran wanita itu bakal disambut pada Rabu.Menurutnya, dia reda dengan pemergian ibunya dan menjelaskan tidak ada perubahan yang ditunjukkan sejak akhir-akhir ini."Doa yang paling makbul adalah doa seorang ibu. Hari ini saya kehilangan doa paling mustajab di muka bumi ini."Setiap tahun saya beri hadiah sempena hari lahirnya, tetapi tahun ini tiada lagi peluang itu," katanya.Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas bersama dua cucu saudaranya dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang yang mengakibatkan dua maut.

Go to News Site