Collector
[VIDEO] Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelek hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim | Collector
[VIDEO] Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelek hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim
Sinar Harian

[VIDEO] Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelek hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal yang menghantar komunikasi jelek antaranya menghina Sultan di Malaysia dan di Brunei termasuk mengaku dirinya guru kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Nurul Huda Mohd Bajuri, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di TikTok ratunurutriratubalqis iaitu, 'Saya adalah insan yang merupakan guru kepada Ketua Negara Malaysia Ke-17 iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mahmud Iskandar termasuk para Sultan di Malaysia' dengan niat untuk mengganggu orang lain.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya di Instagram ratunurutriratubalqis.Kedua-dua hantaran itu dibaca oleh seorang lelaki di sebuah pangsapuri Sri Larkin B, Jalan Tun Abdul Razak di sini, antara kira-kira jam 4 petang pada 27 Mac lepas.Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.Pihak pendakwaan dikendalikan Mohamad Afdhallan Syafiq Azmi memohon jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta dua penjamin warga tempatan.Peguam Nurul Hidayah Mohammad Asri yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan, tertuduh merupakan seorang janda yang menanggung seorang anak berusia 16 tahun serta bekerja sebagai penasihat dengan pendapatan RM3,000.Mohd Azhar kemudian menetapkan Nurul Huda diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.Beliau turut mengenakan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan ke mahkamah jika ada, perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai selain turut menetapkan 8 Mei sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen.Pada Selasa lalu, portal ini melaporkan tiga individu termasuk remaja berumur 17 tahun ditahan di Taman Saujana di sini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan melalui aplikasi TikTok yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, institusi diraja Johor, Ketua Polis Johor dan Perdana Menteri.Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, pengakuan wanita tersebut tersebut dan beberapa dakwaan lain dibuat menerusi beberapa klip video yang tular.Beliau memberitahu, video-video klip yang tersebar itu didapati mengandungi ajaran menyimpang dan mengelirukan.Akaun TikTok bernama @ratunurputriratubalqis memaparkan beberapa video menunjukkan wanita tersebut membuat beberapa kenyataan yang mengandungi unsur bertentangan dengan ajaran Islam.Salah satu video berkenaan memaparkan wanita tersebut didakwa menjunjung al-Quran sambil mendakwa dirinya merupakan anak kepada Adam dan Hawa, yang kononnya telah dihidupkan kembali.Terdapat video dalam akaun tersebut turut menunjukkan wanita berkenaan didakwa mengakui kononnya merupakan guru kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Go to News Site