Collector
Konvoi PN: Subsidi minyak bukan perkara baru, sudah lama wujud - Sanusi | Collector
Konvoi PN: Subsidi minyak bukan perkara baru, sudah lama wujud - Sanusi
Sinar Harian

Konvoi PN: Subsidi minyak bukan perkara baru, sudah lama wujud - Sanusi

BALING - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan beberapa pihak berhubung isu konvoi Perikatan Nasional (PN), khususnya berkaitan penggunaan minyak bersubsidiBendahari Agung PN dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu menegaskan, penggunaan minyak subsidi bukan isu baharu, sebaliknya telah lama diperkenalkan sejak era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.Menurutnya, rakyat telah menggunakan kemudahan tersebut sejak sekian lama dan tidak wajar dipersoalkan seolah-olah hanya berlaku dalam pentadbiran masa kini malah menegaskan konvoi berkenaan tidak menerima sebarang tajaan serta menggunakan wang peserta sendiri."Minyak subsidi ini bukan baharu, sudah lama wujud sejak tahun 1983 lagi, bukan zaman sekarang sahaja, semua orang guna termasuk mereka yang mengkritik," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) Negeri Kedah Tahun 2026 di Unishams, Kuala Ketil pada Selasa.Muhammad Sanusi pada masa sama turut menyindir pihak tertentu yang didakwa menggunakan pengangkutan lebih mahal seperti helikopter, berbanding peserta konvoi motosikal hanya melibatkan kos bahan api rendah."Kalau nak banding, motosikal guna minyak berapa sen sahaja untuk satu kilometer, berbanding helikopter yang boleh mencecah puluhan ribu. Jadi tak adil nak banding begitu," ujarnya.Dalam pada itu, Sanusi turut menggesa agar pihak berkenaan memberi tumpuan kepada isu dalaman sendiri berbanding mempertikaikan program pihak lain."Tak usah kacau program orang, selesaikan dulu masalah sendiri," jelasnya.Sebelum ini, Nurul Izzah dilaporkan mengkritik penganjuran konvoi motosikal PN dengan menyifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap isu bahan api, sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai pihak.

Go to News Site