Collector
Selangor FC dapat durian runtuh trio import ke Piala Dunia | Collector
Selangor FC dapat durian runtuh trio import ke Piala Dunia
Sinar Harian

Selangor FC dapat durian runtuh trio import ke Piala Dunia

DALAM hiruk-pikuk persaingan Liga Malaysia (Liga M), terselit kisah menarik di kem Selangor FC iaitu cerita yang menghubungkan usaha di peringkat kelab dengan ganjaran daripada pentas tertinggi bola sepak dunia.Segalanya berkisar kepada peluang yang mungkin hadir menerusi penyertaan pemain di Piala Dunia 2026, apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyediakan insentif kewangan kepada kelab yang melepaskan pemain ke kejohanan berprestij itu.Bagi Selangor FC, tumpuan terarah kepada tiga tonggak import mereka iaitu dua pemain Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi serta Alvin Fortes (Cape Verde) yang masing-masing berpotensi membawa pulangan luar jangka kepada kelab.Melalui mekanisme dikenali sebagai Program Manfaat Kelab FIFA (CBP), setiap kelab akan menerima bayaran berdasarkan jumlah hari pemain mereka bersama skuad kebangsaan, termasuk tempoh persiapan sebelum kejohanan bermula.Anggaran semasa menunjukkan bayaran sekitar AS$12,000 (RM48,347) hingga AS$15,000 (RM60,434) sehari bagi seorang pemain. Satu jumlah yang cukup signifikan jika dihimpunkan sepanjang kempen Piala Dunia yang bermula 11 Jun ini.Untung besarDalam konteks Selangor FC, peluang itu kini semakin jelas apabila Jordan dan Cape Verde layak ke Piala Dunia, sekali gus memberi peluang kepada penglibatan penuh Al-Rawabdeh, Abualnadi serta Fortes.Jika ketiga-tiga pemain ini berada bersama skuad kebangsaan selama kira-kira 28 hari, nilai yang boleh dikumpulkan dijangka melepasi AS$300,000 (RM1.2 juta) bagi setiap pemain.Ia sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan kepada lebih AS$700,000 (2.82 juta) atau sekitar RM3 hingga RM4 juta untuk kelab dengan angka itu berpotensi terus meningkat bergantung kepada perjalanan pasukan masing-masing di kejohanan.Jumlah itu boleh meningkat sekiranya pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan, sekali gus memanjangkan tempoh pemain bersama kem kebangsaan.Dalam erti kata lain, setiap minit aksi di pentas dunia turut membawa nilai kepada Selangor FC.Namun, agihan bayaran ini tidak semudah disangka kerana FIFA mengambil kira rekod kelab pemain dalam tempoh dua tahun terakhir.Sekiranya pemain beraksi lama bersama satu kelab, bayaran penuh akan disalurkan kepada kelab tersebut.Dalam kes Al-Rawabdeh, Selangor FC berada dalam kedudukan baik untuk menerima bahagian besar, manakala bagi Abualnadi, sebahagian kecil mungkin diagihkan kepada kelab terdahulu berdasarkan tempoh perkhidmatannya sebelum ini.Malah, Selangor FC turut berpotensi meraih peratusan daripada dua lagi pemain Jordan, Reziq Bani Hani dan Ali Olwan, sekiranya mereka dipanggil ke skuad kebangsaan.Ini kerana kedua-duanya pernah beraksi bersama Selangor FC dalam tempoh dua tahun terakhir, masing-masing sekitar tiga hingga empat bulan, sekali gus membolehkan kelab memperoleh anggaran sekitar enam hingga tujuh peratus, sekali gus membantu menampung bahagian yang dikongsi melibatkan Abualnadi.Situasi menang-menangDalam masa sama, situasi ini turut membuka ruang kepada Selangor FC untuk merancang masa depan dengan lebih strategik, termasuk memastikan kontrak pemain berada dalam keadaan stabil menjelang kejohanan, seterusnya mengoptimumkan potensi pulangan daripada skim berkenaan.Apa yang lebih menarik, kisah ini melangkaui soal angka semata-mata. Ia mencerminkan bagaimana pemain import yang dibawa masuk ke Liga-M mempunyai nilai global dengan setiap sumbangan mereka di pentas antarabangsa turut memberi kesan langsung kepada kelab.Bagi penyokong Selangor FC, perkembangan ini pasti menambah rasa teruja.Dalam diam, kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu bukan sahaja membina kekuatan untuk bersaing di dalam negara, malah sedang menuai hasil daripada hubungan yang terjalin di pentas antarabangsa.Jika segala-galanya menjadi kenyataan, apa yang digelar sebagai durian runtuh itu bukan lagi sekadar perbualan penyokong, sebaliknya berpotensi menjadi suntikan penting dalam memperkukuh perjalanan Selangor FC menghadapi musim mendatang.

Go to News Site