Sinar Harian
SEREMBAN - Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol teman wanita berusia 14 tahun.Tertuduh, Muhammad Syafiq Thajudin, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan berkenaan pada 12 Februari 2026, jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah flat di Seremban 2, di sini.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar selain syarat-syarat tambahan.Beliau memaklumkan hubungan tertuduh dengan mangsa adalah pasangan kekasih.Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dengan pendapatan RM1,700.Katanya, dia sudah tiga bulan mengenali mangsa selepas berjumpanya di KLIA.Bapanya yang hadir sebagai penjamin memaklumkan hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu.Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan syarat tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Sebutan semula kes ditetapkan 16 Jun depan.
Go to News Site