Sinar Harian
MELAKA - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan tiada keperluan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengiringi kapal dagang Malaysia melalui Selat Hormuz ketika ini.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hubungan baik Malaysia dengan Iran yang dilihat membantu menjamin kelancaran laluan tersebut.Menurutnya, kerajaan melalui Kementerian Luar sentiasa memantau perkembangan semasa dan memastikan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan terus diperkukuh."Buat masa ini, TLDM dan kementerian lebih tertumpu kepada aspek keselamatan dalam negara."Isu berkaitan laluan Selat Hormuz pula berada di bawah tanggungjawab Kementerian Luar dan melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran," katanya ketika ditemui pada Peluncuran Program Ikhtiar Autisme Angkatan Tentera Malaysia (IA-ATM) di Kem Terendak pada Rabu.Adly berkata, Malaysia menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh kerajaan Iran, termasuk dalam membantu isu berkaitan keperluan tenaga dan ekonomi negara."Setakat ini, apa yang dijanjikan oleh kerajaan Iran telah ditunaikan dan kerjasama berjalan dengan baik."Pada masa sama, Malaysia akan terus berusaha memastikan keamanan itu dapat dicapai. Itu perkara paling utama bagi kita."Pun begitu, kedaulatan negara-negara ini harus kita hormati, terutamanya kedaulatan negara Iran itu sendiri," katanya.Isnin lepas, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan kapal Malaysia pertama telah melalui Selat Hormuz.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata perbincangan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.
Go to News Site