Sinar Harian
KUALA KRAI – Seorang penjual kereta didenda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pembelian kenderaan lelong yang tidak wujud pada Ogos tahun lalu.Pengakuan bersalah itu dibuat oleh Muhamad Azhar Muhamad Riski, 47, di hadapan Majistret Amal Razim Alias.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 hingga 18 Ogos 2025 di sebuah rumah di Kampung Budi di sini dengan memperdayakan mangsa, Mohd Tabliq Abdullah, 37, untuk mempercayai bahawa dia merupakan penjual kereta lelong menggunakan nama Syarikat Azhar Motor Enterprise.Tertuduh, dengan niat curang, telah memperdayakan mangsa untuk membeli sebuah kereta jenis Honda Civic dan mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM37,000 melalui tiga transaksi ke akaun Agrobank milik syarikat berkenaan.Transaksi tersebut melibatkan bayaran sebanyak RM5,000 pada 11 Ogos 2025, diikuti RM31,760 pada 17 Ogos 2025 dan RM240 pada keesokan harinya.Bagaimanapun, tertuduh mengetahui urusan jual beli itu adalah palsu dan tidak berniat untuk menyerahkan kenderaan seperti dijanjikan.Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi.Terdahulu, Farazalila memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sendiri sebagai penjual kereta dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung isteri, tiga anak yang masih belajar serta bapanya yang uzur.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.
Go to News Site