Collector
‘Macam mana nak call Papa?’ - Anak luah kerinduan terhadap Amirul Hafiz | Collector
‘Macam mana nak call Papa?’ - Anak luah kerinduan terhadap Amirul Hafiz
Sinar Harian

‘Macam mana nak call Papa?’ - Anak luah kerinduan terhadap Amirul Hafiz

BATU KURAU – "Macam mana nak telefon Papa?"Itu antara soalan yang masih bermain di bibir anak Allahyarham Amirul Hafiz Omar kerana kerinduan mendalam terhadap insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.Balu Allahyarham, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, anak-anaknya masih dalam proses memahami kehilangan tersebut, namun suasana kampung sedikit sebanyak membantu mereka menyesuaikan diri.Menurutnya, ada ketika anak-anak akan bertanya tentang arwah bapa mereka, namun dia cuba menjelaskan dengan cara paling lembut."Selepas tinggal di kampung ini, anak-anak lebih tenang, cuma ada juga yang bertanya macam mana nak telefon Papa."Saya cakap sudah tidak boleh, cuma boleh berdoa dan sedekahkan al-Fatihah sahaja," katanya ketika ditemui sempena Program Ziarah Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kampung Repoh di sini pada Rabu.Hadir sama pada program tersebut Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim.Nor Nadia berkata, selepas tragedi itu, dia mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman arwah suaminya bagi memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak.Menurutnya, keputusan itu juga selari dengan pesanan arwah yang mahu beliau pulang ke kampung sekiranya berlaku sesuatu."Sebenarnya arwah ada pesan, kalau jadi apa-apa, balik kampung."Jadi saya buat keputusan duduk di sini dahulu, tenangkan diri dan lihat keadaan," ujarnya.Jelasnya, anak-anaknya kini telah mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Repoh selepas proses pertukaran sekolah dipermudahkan.Katanya, walaupun masih baharu, anak-anak dilihat teruja untuk kembali ke alam persekolahan dan bergaul dengan rakan-rakan."Alhamdulillah, mereka nampak seronok untuk ke sekolah. Biasalah budak-budak, suka berkawan dan bermain."Saya harap suasana baharu ini dapat membantu mereka melupakan sedikit kesedihan dan terus membesar seperti kanak-kanak lain," katanya.Tambahnya, dia kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan serta masa depan pendidikan anak-anak, selain berusaha meneruskan kehidupan dengan tabah.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, 29 Mac lalu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah di Jalan Raya Barat, Klang.Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Nadia serta tiga anak iaitu Muhammad Aqif Amsyar, 9; Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, dan Nur Humaira, 2.

Go to News Site