Sinar Harian
MELAKA - Seorang pemuda berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, Februari lalu.Tertuduh, Tay Yi Kai, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memegang dan meramas punggung remaja berkenaan ketika sedang menunggu bapanya di sebuah perhentian bas di Jalan Malim sekitar jam 4.30 petang, 12 Februari lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Rif’ah ‘Izatti Abdul Mutalif l memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.Peguam, Tan Boon Twee mewakili tertuduh memohon jaminan rendah antara RM2,000 hingga RM5,000 dengan alasan anak guamnya menanggung ibu tua dan bekerja sebagai pembantu tukang kayu dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.Mahkamah menetapkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Mei depan.
Go to News Site