Collector
Tiga lelaki ganggu ucapan Azam Baki direman tiga hari | Collector
Tiga lelaki ganggu ucapan Azam Baki direman tiga hari
Sinar Harian

Tiga lelaki ganggu ucapan Azam Baki direman tiga hari

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam satu forum pada Selasa.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek diperoleh bagi melengkapkan siasatan kes tersebut."Semua suspek telah ditahan dan disiasat atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan, ugutan jenayah serta pencerobohan."Kita sedang berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin sebelum merujuk kes kepada pihak perundangan berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan ucapan di majlis wacana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini diganggu dengan kekecohan dipercayai dilakukan tiga lelaki.Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam sambil memegang sepanduk.Suasana dewan bertukar tegang apabila salah seorang daripada individu terbabit bertindak menjerit sambil cuba meluru ke hadapan pentas.Lelaki itu bagaimanapun ditahan polis bantuan dan pegawai SPRM di dewan terbabit sebelum dibawa keluar.

Go to News Site