Collector
DAPSY gesa PDRM henti siasatan terhadap mahasiswa, media | Collector
DAPSY gesa PDRM henti siasatan terhadap mahasiswa, media
Sinar Harian

DAPSY gesa PDRM henti siasatan terhadap mahasiswa, media

SHAH ALAM - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membebaskan mahasiswa atau aktivis yang mengangkat plakad dan mengadakan protes secara aman baru-baru ini.DAPSY dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengecam tindakan polis menahan tiga individu termasuk aktivis dan mahasiswa yang mengadakan protes aman berhubung isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Pihaknya berpandangan, keperluan untuk menuntut akauntabiliti daripada kerajaan adalah hak asas rakyat dalam sesebuah negara demokratik."Selagi tindakan tersebut tidak menjejaskan ketenteraman awam, pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak melulu dengan mengehadkan kebebasan bersuara rakyat."DAPSY menekankan, keutamaan kini adalah mempercepat siasatan terhadap isu pemilikan saham berlebihan melibatkan Azam secara telus dan terbuka serta memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat, bukannya menyiasat aktivis dan pelajar sebagai satu bentuk pengalihan isu."Era kerajaan autokratik di Malaysia sudah berlalu dan Kerajaan Perpaduan kini menyokong hak serta kebebasan bersuara. Maka, PDRM perlu mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang serta mengelakkan tindakan berlebihan yang hanya akan mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya pada Rabu.DAPSY dalam hantaran sama meminta polis untuk menghentikan segala siasatan terhadap wartawan demi menjamin kebebasan bersuara dan media.Ia kerana baginya, tindakan sedemikian mencetuskan suasana ketakutan serta 'chilling effect' dalam kalangan masyarakat."Dalam kes pencerobohan pusat hiburan di Cheras, PDRM dilaporkan memeriksa telefon bimbit wartawan dan mengarahkan supaya gambar serta video dipadamkan."DAPSY berpendirian bahawa tindakan pihak polis berpotensi menghakis hak asasi rakyat untuk bersuara serta hak wartawan dalam melaksanakan tugas pelaporan," jelasnya.DAPSY menegaskan, kebebasan bersuara dan media adalah nilai teras yang tidak boleh dikompromi dalam sebuah negara demokratik.Menurut kenyataan itu lagi, pengamal media berhak menikmati kebebasan asas dalam menjalankan tugas, termasuk hak untuk membuat liputan, merakam serta melaporkan hal ehwal awam selagi tidak menjejaskan ketenteraman."Peranan pengamal media bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab profesional, malah tunjang kepada penyampaian kebenaran serta fungsi semak dan imbang dalam sesebuah negara."Justeru, tindakan polis dalam kes ini jelas melampaui batas dan mencabul kebebasan media."Ia turut menjejaskan hak rakyat untuk mengetahui dan menjalankan fungsi pengawasan terhadap kerajaan," ujar kenyataan tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, ucapan Azam dalam majlis wacana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) diganggu dengan kekecohan dipercayai dilakukan tiga lelaki pada Selasa.Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam dengan memegang sepanduk.Dalam kes berbeza, tiga wartawan yang membuat liputan insiden rusuhan di sebuah pusat karaoke di Cheras didakwa diarahkan memadam gambar serta video oleh pihak polis.Susulan itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menuntut penjelasan pihak berkuasa berhubung kewajaran berbuat demikian.

Go to News Site