Collector
'Beli IC palsu, kawan kata dah pakai kena buang' | Collector
'Beli IC palsu, kawan kata dah pakai kena buang'
Sinar Harian

'Beli IC palsu, kawan kata dah pakai kena buang'

KLANG - "IC (MyKad) sudah hilang, sebab kawan kata kalau sudah pakai kena buang,".Itu dakwa seorang wanita warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan MyKad palsu sejak kira-kira setahun lalu bagi mendapatkan pekerjaan.Ibu satu anak yang mahu dikenali sebagai Masrina, 42, berkata, dia membeli kad pengenalan daripada kenalan rakannya di Andalas, Klang dengan membayar RM300 dan sekeping gambar.Katanya, selang beberapa hari dia memperolehi kad pengenalan dan digunakan untuk mendapatkan kerja."IC yang digunakan sudah hilang, kawan suruh buang lepas digunakan (untuk dapatkan kerja). Saya tak tahu sebab apa dia suruh saya buang, saya takut dan ikut sahaja."IC itu saya buang dalam tong sampah...lama dah. Saya tahu salah guna IC palsu ini," katanya kepada Sinar Harian selepas ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Bukit Raja di sini pada Rabu.Operasi Op Roda bermula jam 2 petang itu diketuai JPN Putrajaya bersama JPN Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Dalam pada itu, wanita berasal Sulawesi itu juga mendakwa pasport miliknya telah hilang selepas ditipu ejen yang konon mahu membantunya mendapatkan permit kerja."Pasport saya tiada, saya ditipu ejen. Ejen kata mahu bantu buatkan permit kerja. Tapi saya telefon sampai sekarang tak dapat," katanya.Sementara itu, seorang lelaki Indonesia yang turut ditahan kerana disyaki menggunakan MyKad palsu mendakwa membeli dokumen diri itu dengan harga RM500.Hanya mahu dikenali sebagai Asman, 21, sebelum ini dirinya bekerja di sebuah gudang dan mengenali seorang lelaki yang menawarkan untuk membeli MyKad."Saya cuma bayar RM500 dan bagi gambar di WhatsApps saja. Lepas bayar, dalam seminggu dapat IC. Nama kat IC itu memang nama saya, cuma nombor sahaja direka dan saya pun tak ingat."IC ini saya guna untuk kerja di sini. Saya tahu salah...tapi saya terpaksa," katanya.Dalam pada itu, berkongsi cerita berbeza, seorang wanita berasal Sulawesi, Indonesia yang ditahan kerana menggunakan kad pengenalan orang lain hanya mampu menyesali perbuatannya biar pun mengetahui ia adalah salah."IC itu nama hampir dengan nama saya Faizah. IC itu Haizah."Saya pinjam kad pengenalan itu daripada kawan. Tak bayar sebab cakap nak guna untuk dapat kerja sahaja," katanya.

Go to News Site