Collector
AMK bantah penahanan aktivis, tuntut pembebasan segera | Collector
AMK bantah penahanan aktivis, tuntut pembebasan segera
Sinar Harian

AMK bantah penahanan aktivis, tuntut pembebasan segera

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membantah tindakan penahanan tiga aktivis yang disifatkan hanya menyuarakan pandangan dan bantahan di ruang awam ketika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam satu forum pada Selasa.Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, hak untuk bersuara bukan sekadar pilihan, tetapi merupakan asas penting dalam memastikan semak dan imbang terus hidup serta berfungsi.Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa kebebasan bersuara perlu disertai dengan tanggungjawab serta adab dalam menyampaikan bantahan."Kita tidak menolak bantahan, malah kita mempertahankan hak tersebut tetapi cara bantahan itu disampaikan haruslah lebih berhemah, menghormati majlis yang sedang berlangsung serta mematuhi tatacara yang sewajarnya."Suara yang lantang tidak semestinya perlu mengganggu, dan keberanian tidak harus diterjemahkan dalam bentuk yang mencetuskan ketegangan yang tidak perlu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut Danish, penahanan terhadap aktivis ini menimbulkan persoalan serius tentang pendekatan penguatkuasaan undang-undang."Jika kita menelusuri sejarah negara, pelbagai bentuk protes yang jauh lebih besar pernah berlaku termasuk di hadapan Pejabat Perdana Menteri dan ia ditangani dengan lebih matang tanpa tindakan penahanan yang tergesa-gesa."Malah, pimpinan kerajaan hari ini termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, pernah berhadapan dengan gelombang protes mahasiswa yang lebih besar dalam suasana demokrasi yang lebih terbuka dan sihat," ujarnya lagi.Beliau menegaskan pendirian untuk mempertahankan hak bersuara di samping budaya berkenaan dipraktikkan secara lebih matang dan strategik."Mahasiswa dan aktivis adalah suara masa depan negara, bantahan yang dibawa harus bersifat strategik, praktikal dan berimpak, bukan sekadar emosional."Pilih medan yang tepat, gunakan saluran yang berkesan, dan pastikan mesej sampai tanpa menjejaskan keharmonian sesuatu majlis atau institusi," katanya.Tambah Danish, pihaknya menuntut agar semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera tanpa syarat dan pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan yang telus serta tidak bertindak secara berlebihan dalam menangani suara kritikal.

Go to News Site