Sinar Harian
KLANG - Tindakan beberapa pekerja warga asing menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain semata-mata mahu bekerja di sebuah kilang di Bukit Raja di sini terbongkar selepas premis itu digempur pada Rabu.Serbuan Op Roda dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya bersama JPN Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Serbuan bermula kira-kira jam 2 petang itu berdepan cabaran apabila terdapat segelintir warga asing yang cuba melarikan diri serta menyorok di dalam kotak.Bagaimanapun tindakan itu berjaya dikesan pasukan serbuan hasil pemeriksaan teliti di sekitar premis.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN, Mazhad Abdul Aziz berkata, serbuan hasil risikan selama sebulan dilaksanakan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan palsu dan milik orang lain.Menurutnya, seramai 136 orang telah diperiksa dalam operasi ini."Daripada jumlah itu, 46 warga asing membabitkan 25 wanita dan 21 lelaki disyaki menggunakan dokumen orang lain serta kad pengenalan palsu telah ditahan."Tangkapan warga Indonesia dan Filipina itu berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini pada Rabu.Beliau berkata, siasatan awal dipercayai pekerja asing ini diuruskan ejen untuk bekerja di kilang terbabit.Tambahnya, JPN sedang dalam tindakan mengenal pasti ejen terbabit untuk tindakan lanjut.Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.Sementara itu, JIM Selangor turut memaklumkan tangkapan tiga wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan di kilang terbabit."Dua daripada mereka tidak mempunyai dokumen, manakala seorang lagi salah guna permit pelancong," katanya.
Go to News Site