Collector
Aduan remaja sakit bahagian sulit bongkar perbuatan terkutuk teman lelaki, dua rakan | Collector
Aduan remaja sakit bahagian sulit bongkar perbuatan terkutuk teman lelaki, dua rakan
Sinar Harian

Aduan remaja sakit bahagian sulit bongkar perbuatan terkutuk teman lelaki, dua rakan

TAWAU – Aduan kesakitan pada bahagian sulit yang dialami seorang remaja perempuan membawa kepada pendedahan perbuatan terkutuk apabila dia dipercayai dirogol teman lelakinya bersama dua lagi rakan dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini.Akibat kejadian itu, remaja berusia 16 tahun tersebut disahkan mengandung selepas pemeriksaan dibuat di hospital.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan selepas remaja tersebut mengaku sendiri kejadian itu kepada kakaknya."Penahanan itu susulan laporan seorang remaja yang mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan sebelum dibawa ke hospital oleh kakaknya."Hasil pemeriksaan doktor mendapati remaja tersebut mengandung dan laporan polis dibuat selepas remaja tersebut mengaku kepada kakaknya bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang dikenali di sebuah hotel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jasmin berkata, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau berjaya mengesan dan menahan dua lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an di tepi Jalan Patrick selepas disyaki terlibat dalam kes tersebut."Hasil penahanan dua suspek itu kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi suspek warga asing berusia 29 tahun di hadapan sebuah kilang di Batu 3, Jalan Apas yang bekerja sebagai buruh kilang."Kesemua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Go to News Site