Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Dalam usaha membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang sering berdepan kekangan mendapatkan pembiayaan, Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd (CapBay) tampil berganding bahu dengan CGC Digital Sdn Bhd melancarkan Skim Jaminan Digital baharu.CGC Digital merupakan anak syarikat milik penuh CGC Malaysia yang memfokuskan kepada penyediaan jaminan kredit melalui pendekatan digital.Melalui kerjasama ini, satu mekanisme jaminan diperkenalkan bagi mengurangkan risiko pembiayaan, sekali gus membuka peluang kepada PMKS yang tidak mempunyai cagaran mencukupi untuk mendapatkan modal.Apa yang menarik, CapBay turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses penilaian kredit. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan kelulusan, malah membolehkan dana disalurkan kepada usahawan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kaedah tradisional.Lebih signifikan, skim ini hadir dengan dua pilihan pembiayaan iaitu Islamik dan konvensional, sekali gus memastikan lebih ramai usahawan dapat memanfaatkannya tanpa kekangan.Sehingga kini, CapBay telah mengendalikan pembiayaan bernilai RM5.4 bilion melibatkan lebih 2,500 PKS. Rekod itu menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan inisiatif terbaharu ini.Dengan sokongan jaminan CGC Digital, PMKS yang sebelum ini kurang diberi perhatian berpeluang memperbaiki profil kredit mereka, sekali gus membuka akses kepada sumber pembiayaan yang lebih luas termasuk daripada pelabur institusi dan runcit.Selain itu, pendekatan perkongsian risiko yang diperkenalkan turut memberi manfaat kepada rakan pembiayaan apabila ia mampu menarik lebih banyak penyertaan serta menawarkan terma yang lebih baik, termasuk kadar faedah yang lebih kompetitif.Skim ini menyasarkan perniagaan dengan sekurang-kurangnya 51 peratus pemilikan rakyat Malaysia, dengan jumlah pembiayaan antara RM50,000 hingga RM500,000 serta tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan.Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian berkata, inisiatif tersebut memberi fokus kepada kumpulan ‘missing middle’ iaitu perniagaan berdaya maju tetapi sering tercicir daripada sistem pembiayaan tradisional."Melalui penggunaan AI, kami dapat mempercepatkan proses dan memastikan PMKS mendapat akses kepada pembiayaan dengan lebih mudah dan pantas," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital, Yushida Husin berkata, pihaknya komited memperluaskan rangkuman kewangan melalui pendekatan inovatif."Kerjasama ini membolehkan kami merapatkan jurang pembiayaan serta menyediakan skim jaminan yang memenuhi keperluan patuh Syariah dan konvensional," ujarnya.Beliau menambah, langkah itu bukan sahaja memberi keyakinan kepada pembiaya, malah membuka ruang kepada perniagaan kecil untuk berkembang secara mampan.Secara keseluruhan, kerjasama antara CapBay dan CGC Digital ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada ekosistem PMKS yang lebih inklusif, selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).Usaha ini diharap dapat membantu lebih ramai usahawan tempatan terus bertahan dan berkembang dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.
Go to News Site