Collector
Guru sekolah swasta maut nahas tiga kenderaan | Collector
Guru sekolah swasta maut nahas tiga kenderaan
Sinar Harian

Guru sekolah swasta maut nahas tiga kenderaan

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan dua motosikal di Kilometer 21.7 Lebuhraya Kajang SILK (SILK) arah Semenyih, pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal dari arah belakang."Pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang melanggar hilang kawalan sebelum terjatuh ke arah sebuah treler yang sedang bergerak lurus."Pemandu treler yang tidak menyedari kejadian itu kemudiannya terlanggar penunggang serta motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun dan bekerja sebagai guru sekolah swasta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah."Penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal serta pemandu treler berusia antara 36 hingga 43 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan."Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa berhati-hati ketika memandu," katanya.

Go to News Site