Collector
'Dangkal, mengelirukan', Anwar bidas dakwaan ulama tentang harga minyak | Collector
'Dangkal, mengelirukan', Anwar bidas dakwaan ulama tentang harga minyak
Sinar Harian

'Dangkal, mengelirukan', Anwar bidas dakwaan ulama tentang harga minyak

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan ulama yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di negara ini.Beliau malah menyifatkan pandangan tersebut sebagai dangkal kerana tidak tepat dan lebih buruk lagi mengelirukan rakyat."Ada ulasan dari ulama terkenal yang ada banyak pengikut, berpandangan umpamanya dengan menyatakan ia (kenaikan minyak) tidak betul. (Pandangan) minyak tidak naik di negara lain (hanya) naik di Malaysia sahaja."Itu kedangkalan ilmu yang diselubungi oleh pandangan agama dan al-Quran, membuatkan orang percaya. Ia tidak membantu, malah mengelirukan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan, di sini pada Khamis.Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kenaikan harga diesel di Semenanjung yang menurutnya tidak dikenakan di Sabah dan Sarawak, sambil mendakwa langkah itu tidak mempunyai asas yang kukuh.Dalam tulisan 'Minda Presiden Pas’, Abdul Hadi berkata, alasan mengaitkan kenaikan harga bahan api dengan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, termasuk isu sekatan Iran di Selat Hormuz, tidak sepatutnya dijadikan justifikasi kepada rakyat di Semenanjung.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Malaysia tidak wajar terkesan secara langsung memandangkan negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri, selain jaringan kerjasama dengan negara Islam lain yang kaya dengan sumber asli.Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, kenaikan harga minyak berlaku ekoran kos insurans yang melebihi 100 peratus untuk membawa bahan api itu ke negara ini."Kos minyak lama sebelum perang tersangkut di Selat Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang (Johor)," katanya.Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu mengumumkan harga diesel di Semenanjung naik 70 sen manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen di seluruh negara mulai hari ini.Harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.27 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.MOF berkata, ini kerana harga pam di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya, dan bukannya harga semasa hari ini.

Go to News Site