Sinar Harian
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi penjawat awam amat membanggakan dalam menangani pelbagai cabaran, meskipun berdepan tekanan akibat krisis tenaga global yang berterusan.Beliau berkata, budaya dan tradisi dalam perkhidmatan awam yang disokong ketegasan, semangat kesatuan serta perpaduan menjadi faktor utama kejayaan membanggakan itu."Walaupun ada kritikan, kita tidak boleh nafi bahawa prestasi penjawat awam secara keseluruhannya sangat baik berbanding negara lain."Yang menakjubkan, budaya dan tradisi kita menunjukkan kalau ditekan, ditegaskan dan ada semangat kesatuan, perpaduan, banyak boleh selesai. Lihat saja prestasi negara kita, bukan sahaja sebelum krisis, tetapi juga selepas (krisis)," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan, di sini pada Khamis.Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pencapaian itu secara tidak langsung meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih baik berbanding negara jiran lain.Justeru beliau merakamkan penghargaan kepada warga kementerian khususnya Kementerian Pengangkutan atas dedikasi dan sumbangan dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta perkhidmatan kepada rakyat.Sementara itu, beliau mahu penjawat awam lebih proaktif dalam merangka dasar yang mampu melindungi rakyat."Mesyuarat di peringkat Jemaah Menteri serta kementerian berkaitan seperti pengangkutan dan pertanian diadakan secara berterusan bagi mempercepatkan tindakan menangani isu semasa."Setiap langkah penyelesaian perlu dilaksanakan secara berperingkat dan realistik tanpa menjejaskan kepentingan keseluruhan rakyat," ujarnya.
Go to News Site