Collector
Harga minyak: Umat Islam dituntut tidak mudah diperdaya, angkat prinsip tabayyun - ABIM | Collector
Harga minyak: Umat Islam dituntut tidak mudah diperdaya, angkat prinsip tabayyun - ABIM
Sinar Harian

Harga minyak: Umat Islam dituntut tidak mudah diperdaya, angkat prinsip tabayyun - ABIM

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan umat Islam dituntut agar tidak mudah diperdaya serta mengangkat prinsip tabayyun, keadilan dan keilmuan dalam menilai sesuatu maklumat serta kepimpinan.Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, terdapat wacana semasa yang mengaitkan isu harga minyak dan geopolitik dengan dakwaan bahawa umat Islam ditipu.Menurutnya, penggunaan istilah yang berat dalam ruang awam perlu disandarkan kepada fakta yang sahih serta analisis yang bertanggungjawab."Dalam konteks semasa, isu tenaga tidak boleh dipisahkan daripada realiti global. Ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan dan harga tenaga dunia."Justeru, perbezaan pandangan terhadap dasar kerajaan tidak wajar disederhanakan kepada tuduhan penipuan tanpa analisis ekonomi dan fakta yang dapat diverifikasi."Ini kerana ia berisiko mengelirukan masyarakat serta mengalihkan fokus daripada perbahasan dasar yang lebih substantif," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambah Ahmad Fahmi, peranan pembangkang sebagai mekanisme semak dan imbang adalah penting, khususnya dalam suasana global yang tidak menentu.Jelasnya, namun peranan tersebut perlu dilaksanakan secara berwibawa dengan mengemukakan cadangan dasar yang konkrit dan berasaskan fakta, bukan sekadar retorik."Dalam masa yang sama, kerajaan perlu terus memperkukuh komunikasi dasar secara telus dan konsisten, memastikan pelaksanaan subsidi bersasar yang berkesan serta memperkasa keselamatan tenaga negara."Sebarang perubahan pendekatan dasar juga wajar disertai penjelasan yang jelas agar keyakinan awam terus terpelihara."Perbincangan awam perlu ditumpukan kepada usaha memperkukuh perlindungan kepada golongan rentan, menjamin keselamatan tenaga serta memastikan keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kelestarian fiskal," ujarnya.ABIM turut berharap masyarakat mengamalkan prinsip tabayun serta bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat di samping mengamalkan gaya hidup berhemah dalam penggunaan sumber."Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang, masyarakat madani dan rakyat keseluruhannya perlu berganding bahu menghadapi krisis tenaga yang dijangka berpanjangan."Sesungguhnya kekuatan umat terletak pada keupayaan memahami realiti dengan tepat, menilai dengan adil dan bertindak dengan penuh amanah," katanya.

Go to News Site