Collector
Skandal urus niaga saham: SPRM tahan bekas CEO, pengerusi syarikat | Collector
Skandal urus niaga saham: SPRM tahan bekas CEO, pengerusi syarikat
Sinar Harian

Skandal urus niaga saham: SPRM tahan bekas CEO, pengerusi syarikat

PUTRAJAYA - Akaun bank bernilai kira-kira RM450 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua individu membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun kerajaan dan pengerusi syarikat pada Rabu.Kedua-dua individu itu disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun tersebut.Perintah reman selama empat hari sehingga 12 April terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Azeren Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023."Siasatan awal turut mendapati urus niaga penjualan saham tersebut dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah (overvaluation) dan tidak setimpal sehingga menyebabkan kerugian kepada dana awam dianggarkan melebihi RM300 juta," katanya.Jelas sumber, siasatan telah dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM termasuk penggeledahan di 13 lokasi utama yang merangkumi agensi dan syarikat berkepentingan awam, premis pejabat dan kediaman individu-individu yang dikenal pasti di sekitar Lembah Klang.Selain itu, sebanyak 62 akaun bank persendirian dan akaun syarikat yang berkaitan telah dibekukan, melibatkan jumlah kira-kira RM450 juta.Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.Tambah beliau, kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

Go to News Site