Collector
Utamakan kempen penggunaan papan tanda kecemasan, elak tragedi di lorong kecemasan | Collector
Utamakan kempen penggunaan papan tanda kecemasan, elak tragedi di lorong kecemasan
Sinar Harian

Utamakan kempen penggunaan papan tanda kecemasan, elak tragedi di lorong kecemasan

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kempen secara besar-besaran mengenai penggunaan lampu kecemasan, tanda segitiga amaran dan garis panduan keselamatan ketika kenderaan rosak di jalan raya.Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya, Jamil Manan Supri berkata, keutamaan itu termasuk memperbanyakkan papan tanda larangan penggunaan lorong kecemasan dengan penglibatan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan agensi berkaitan."Sejak kebelakangan ini, semakin banyak insiden melibatkan motosikal yang merempuh kenderaan atau lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan atau di tepi jalan."Kejadian ini sering mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan parah dan amat membimbangkan kerana ia berpunca daripada kegagalan kedua-dua pihak mematuhi garis panduan serta undang-undang jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, antara punca utama yang dikenal pasti ialah kecuaian pemandu yang gagal meletakkan kon keselamatan atau tanda segitiga amaran pada jarak yang sepatutnya.Katanya, malah ada yang hanya meletakkannya terlalu dekat di belakang kenderaan, manakala segelintirnya langsung tidak memasang lampu kecemasan atau tidak mempunyai tanda amaran tersebut."Keadaan ini menyebabkan pengguna jalan raya dari arah belakang tidak mempunyai masa dan jarak yang mencukupi untuk bertindak mengelak, sekali gus meningkatkan risiko pelanggaran."Dalam masa sama, terdapat ramai juga penunggang motosikal yang menyalahgunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah, walaupun jelas melanggar peraturan jalan raya."Sehubungan itu, pihak penguatkuasaan perlu mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang secara lebih tegas," katanya.Ujarnya, hukuman lebih berat wajar dikenakan sebagai langkah pencegahan agar pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan demi keselamatan semua.Beliau berkata, keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab satu pihak, tetapi memerlukan kerjasama semua pengguna."Sikap cuai dan sambil lewa bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh meragut nyawa orang lain," katanya.

Go to News Site