Sinar Harian
SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin kerana didakwa mengubah pendirian berhubung isu harga bahan api setelah bertukar menjadi kerajaan.Muhamad Akmal berkata, sedangkan ketika menjadi pembangkang mereka sanggup berguling di atas jalan raya dan jelajah satu negara untuk mempersoalkan isu sama.Menurut beliau, berbeza dengannya yang sudah memahami isu tersebut sejak zaman Barisan Nasional."Bukan saya yang gagal memahami. Kita dah lama faham sejak BN memerintah dulu lagi tentang formula harga minyak ini."Tapi ketika itu kamu dan kawan-kawan kamu yang tidak mampu faham sehingga berguling di atas jalan raya dan jelajah satu negara beritahu kamu ada formula nak turun harga minyak."Dulu jadi pembangkang bukan main lagi bantah,hari ni jadi kerajaan sokong pula ya," ujarnya menerusi Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Zhemin mendakwa Muhamad Akmal memainkan retorik populis berhubung isu harga bahan api yang boleh mengelirukan orang awam.Wakil DAP itu berkata kenyataan Akmal menunjukkan beliau gagal memahami struktur asas penetapan harga bahan api di Malaysia yang ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya dan bukannya harga semasa harian.Beliau turut menyindir Zhemin supaya memaklumkan kepadanya jika mengadakan demonstrasi."Yang retorik tahap dewa ini adalah kamu dan kawan-kawan kamu lah bro."Kalau ada demo turun harga minyak oleh DAP tolong beritahu ya,nak sertai juga," ulasnya.
Go to News Site