Collector
Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir | Collector
Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir
Sinar Harian

Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mendengar, menilai dan bertindak lebih telus dalam menangani isu kenaikan harga minyak susulan krisis di Asia Barat.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, hal ini kerana pendekatan kerajaan dalam menguruskan isu berkenaan dilihat masih tempang khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar.Menurutnya, langkah menangani krisis ekonomi tidak sepatutnya memindahkan beban kepada rakyat, sama ada melalui perluasan cukai, pengurangan subsidi atau pelaksanaan mekanisme subsidi silang."Apa yang sedang kita saksikan hari ini ialah pendekatan ‘Anwarnomics’ cenderung memindahkan beban ekonomi kepada rakyat secara silang subsidi yang tidak telus dan samar dalam menangani krisis tenaga global."Lebih malang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak membawa watak Perdana Menteri yang ‘gentleman’, asyik memperlekeh dan menyalahkan orang lain dengan ungkapan yang tidak enak seperti ‘bodoh, bebal, buta huruf, dangkal’, tidak kurang seperti ungkapan jelik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump."Dalam dunia serba pantas, zaman di mana kerajaan lebih tahu segalanya telah berlalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, tiada sebab untuk kerajaan menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, selain tidak terlibat dalam sekatan di selat berkenaan."Kenaikan harga minyak tidak sepatutnya berlaku memandangkan sebelum ini terdapat dakwaan bahawa kemelut tersebut mampu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam."Tidak wajar untuk menaikkan harga minyak melainkan berlaku banyak kebocoran dan salah laku dalam pengurusan," ujarnya.Dalam pada itu Mohd Syahir berkata, meskipun kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, jurang harga bahan api antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilihat semakin meluas.Justeru, beliau berkata, negara perlu menyusun semula keutamaan ekonomi negara dengan mengambil kira pandangan rakyat serta pakar industri."Dalam hal ini, pendekatan ‘3M’ yang telah saya gariskan sebelum ini wajar diberi perhatian. Pertama, menyerap kejutan melalui mekanisme penstabil harga yang lebih dinamik."Kedua, melindungi rakyat dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) daripada tekanan kos melalui bantuan bersasar, insentif sokongan serta peranan aktif institusi kewangan, sebagaimana pendekatan semasa pandemik."Ketiga, memperkasa daya tahan ekonomi domestik melalui pengukuhan rantaian bekalan, keterjaminan makanan dan tenaga serta sokongan berterusan kepada sektor PMKS," katanya.

Go to News Site