Collector
Gencatan senjata AS-Iran rapuh | Collector
Gencatan senjata AS-Iran rapuh
Sinar Harian

Gencatan senjata AS-Iran rapuh

SHAH ALAM – Gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran disifatkan sebagai sangat rapuh dan boleh dicabuli pada bila-bila masa bergantung kepada sejauh mana kedua-dua pihak menghormati persetujuan tersebut.Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, tempoh gencatan senjata itu juga dilihat tidak kukuh memandangkan ia tidak melibatkan Israel yang dilaporkan masih meneruskan serangan ke atas Lubnan biarpun ia antara tuntutan dalam 10 cadangan damai Iran."Pada saya ia sangat subjektif sebab gencatan senjata ini rapuh dan boleh sahaja dicabuli pada bila-bila masa. Tambahan pula ia tidak melibatkan Israel. Kita lihat semalam (Rabu) Israel masih menyerang Lubnan."Sekiranya Presiden AS, Donald Trump tidak memungkiri janji, gencatan senjata ini mungkin boleh bertahan sehingga dua minggu dan sejauh mana ia bertahan, terpulang kepada kedua-dua pihak untuk menghormatinya," katanya.Terdahulu, Trump akhirnya terpaksa akur menangguhkan serangan saat akhir dan bersetuju gencatan senjata dua minggu dengan Iran, hanya beberapa jam sebelum tarikh akhir Washington untuk 'melenyapkan Iran dalam satu malam'.Teheran di bawah pimpinan Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei mendakwa menang besar selepas 40 hari perang, malah berjaya memaksa AS ke meja rundingan dengan pelan 10 perkara termasuk penarikan tentera Amerika, penghapusan sekatan, pengiktirafan program nuklear serta kawalan Iran ke atas Selat Hormuz.Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai faktor yang menyebabkan AS tunduk dan menarik balik kenyataan untuk melenyapkan Iran, Salawati berpandangan, tindakan tersebut mungkin dipengaruhi kemarahan rakyat dan pihak Kongres.Menurutnya, keadaan berkenaan juga dikaitkan dengan kedudukan politik Trump yang tidak lagi stabil, selain isu pemecatan Panglima Angkatan Tentera AS yang turut menjejaskan moral dalam kalangan anggota tenteranya.

Go to News Site