Collector
Dua kejadian samun di Nilai, seorang mangsa cedera | Collector
Dua kejadian samun di Nilai, seorang mangsa cedera
Sinar Harian

Dua kejadian samun di Nilai, seorang mangsa cedera

NILAI – Dua kejadian samun bersenjata dilaporkan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam di Bandar Baru Nilai dan kawasan Rumah Rakyat Nilai di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kejadian yang membabitkan suspek bermotosikal dan bersenjatakan pisau serta parang itu turut mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan ringan."Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 1.10 pagi di kedai serbaneka 24 jam."Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan dua lelaki menaiki motosikal tidak dikenali dan salah seorang daripadanya bersenjatakan pisau," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengugut mangsa lelaki berusia 20-an, manakala seorang lagi suspek mengambil wang tunai dianggarkan RM600 serta beberapa karton rokok pelbagai jenama sebelum melarikan diri.Ujarnya, kejadian kedua berlaku di kawasan Rumah Rakyat Nilai pada jam 9.48 malam, melibatkan mangsa wanita berusia 50-an."Dalam kejadian itu, tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki dua buah motosikal dan bersenjatakan parang telah bertindak mengugut mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa termasuk wang tunai, kad bank dan barang kemas."Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian jari tangan ketika mempertahankan begnya dan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM2,000," katanya.Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Go to News Site