Collector
Kerajaan disaran laksanakan moratorium pinjaman bersasar bantu rakyat | Collector
Kerajaan disaran laksanakan moratorium pinjaman bersasar bantu rakyat
Sinar Harian

Kerajaan disaran laksanakan moratorium pinjaman bersasar bantu rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran meneliti pelaksanaan semula moratorium pinjaman bank secara bersasar sebagai langkah meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.Timbalan Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan, Fikri Aziz berkata, cadangan itu dibuat susulan ketidaktentuan geopolitik global yang memberi kesan kepada aliran tunai isi rumah."Ramai rakyat kini berdepan kesukaran mengurus perbelanjaan harian serta komitmen kewangan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau yang juga Ketua Cabang Keadilan Putrajaya berkata, moratorium yang dicadangkan bukan bertujuan menghapuskan hutang, sebaliknya hanya melibatkan penangguhan bayaran sementara bagi memberi ruang kepada rakyat menyusun semula kedudukan kewangan mereka.Tambahnya, lebihan tunai hasil penangguhan bayaran tersebut boleh dimanfaatkan untuk keperluan asas, di samping berpotensi merangsang semula kuasa beli rakyat."Peningkatan perbelanjaan domestik susulan langkah ini dijangka memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan pelaksanaan moratorium itu perlu dilakukan secara bersasar dengan memberi keutamaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk kumpulan B40 serta sebahagian M40 yang terjejas."Pendekatan menyeluruh tidak wajar dilaksanakan kerana perlu mengambil kira keseimbangan antara membantu rakyat dan mengekalkan kestabilan sistem kewangan," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama antara kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan adalah penting bagi memastikan pelaksanaan langkah tersebut tidak menjejaskan sektor perbankan negara.

Go to News Site