Collector
Polis kesan tahanan reman warga Pakistan lolos penjara Sungai Buloh | Collector
Polis kesan tahanan reman warga Pakistan lolos penjara Sungai Buloh
Sinar Harian

Polis kesan tahanan reman warga Pakistan lolos penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Polis sedang giat mengesan seorang tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum operasi mengesan lelaki tersebut dilancarkan segera."Usaha mengesan lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu dipergiatkan termasuk di kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek."Lelaki itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan terbabit mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597."Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Go to News Site