Sinar Harian
KLANG - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) terus mengukuhkan dominasinya dalam sektor peruncitan tanah air dengan merasmikan pembukaan cawangan ke-71 di KSL Esplanade Mall, di sini pada Sabtu.Pembukaan cawangan terbaharu itu bukan sekadar satu lagi pencapaian angka bagi syarikat, malah ia merupakan simbolik kepada keutuhan kerjasama strategik jangka panjang bersama pemaju KSL yang telah bermula sejak tahun 2011 melalui pembukaan cawangan pertama mereka di KSL Johor Bahru.Ketua Pegawai Kewangan dan Pembangunan Hartanah Lotus’s Malaysia, Yvonne Yong menjelaskan bahawa pembukaan ini membawa makna yang sangat mendalam kerana ia memperkukuh ekosistem perniagaan yang telah dibina selama lebih sedekad.Menurut beliau, kejayaan kolaborasi tersebut berakar umbi daripada visi bersama untuk mewujudkan persekitaran pembangunan bersepadu."Kejayaan kolaborasi ini terletak pada pendekatan bersama dalam mewujudkan persekitaran bersepadu yang menggabungkan sektor runcit, hospitaliti dan komuniti."Ini adalah selari dengan cara kami memilih lokasi serta merancang pertumbuhan syarikat secara mampan," ujarnya pada majlis perasmian cawangan itu di KSL Esplanade Mall di sini.Jelasnya, KSL Esplanade menonjol sebagai lokasi yang sangat strategik berikutan jaringan sambungan yang kukuh melalui jalan-jalan utama dan lebuh raya, selain kedudukannya yang berhampiran dengan stesen LRT3 yang akan datang."Faktor ini, ditambah dengan kewujudan kawasan kediaman, komersial dan hotel dalam pembangunan yang sama, menjamin aliran pelanggan yang stabil dan pelbagai," ujarnya lagi.Penuhi keperluan komuniti setempatMengulas mengenai tawaran produk pula, Ketua Pegawai Operasi Lotus’s Malaysia, Neil Gurusamy berkata, cawangan di KSL Esplanade ini direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden komuniti setempat.Dengan menawarkan lebih 9,000 unit simpanan stok (SKU), pelanggan mempunyai akses luas kepada hasil segar, barangan runcit, makanan sejuk beku, serta produk bakeri di bawah jenama dalaman, LoTi."Kami melihat cawangan ini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi sebagai sistem sokongan kepada kehidupan harian komuniti."Susun atur kedai menampilkan zon yang jelas serta papan tanda yang memudahkan pergerakan pelanggan untuk pengalaman membeli-belah yang lebih efisien."Fokus kami adalah untuk menyantuni tiga kelompok utama iaitu keluarga yang mencari nilai untuk isi rumah, tetamu hotel yang memerlukan kemudahan sepanjang penginapan, serta warga kota yang mementingkan kepantasan dalam urusan harian," tambah beliau lagi.Lotus’s lancar pelbagai promosi eksklusifBagi memeriahkan suasana pembukaan, Lotus’s Malaysia melancarkan pelbagai promosi eksklusif bermula 4 hingga 8 April 2026.Ini termasuklah tawaran harga runtuh harian bagi barangan keperluan seperti udang, ayam, dan telur, selain promosi 'Beli 1 Percuma 1' serta diskaun sehingga 40 peratus bagi produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan rumah.Bukan itu sahaja, pengalaman interaktif turut disediakan melalui permainan 'lontar gelung' dan gerai pensampelan produk jenama sendiri Lotus's.Manakala bagi ahli My Lotus’s, ganjaran tiga kali mata ganjaran menanti dari 4 hingga 13 April, termasuk peluang memenangi hadiah utama sebuah kereta elektrik Proton e.MAS 5, pakej percutian ke Dubai, serta jongkong emas melalui kempen 'Senyuman Ekstra Bernilai Belanja & Menang'.Langkah agresif Lotus’s Malaysia ini mencerminkan komitmen berterusan mereka dalam memastikan barangan berkualiti pada harga mampu milik terus dapat diakses oleh rakyat Malaysia di lokasi-lokasi yang lebih strategik dan mudah dijangkau.
Go to News Site