Collector
Kegiatan seleweng diesel terbongkar, rampasan lebih RM56,000 | Collector
Kegiatan seleweng diesel terbongkar, rampasan lebih RM56,000
Sinar Harian

Kegiatan seleweng diesel terbongkar, rampasan lebih RM56,000

MANJUNG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya membongkar kegiatan penyelewengan diesel selepas merampas 5,070 liter bahan api bernilai lebih RM56,000 dalam satu operasi di Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar di sini pada Khamis.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 12.30 pagi itu dijalankan menerusi Op Tiris 4.0 dan Op Jeriji dengan kerjasama Pasukan Polis Marin melibatkan premis perniagaan kayu dan perkakasan.Menurutnya, hasil risikan mendapati, premis tersebut digunakan sebagai pusat transit pengumpulan diesel secara tidak sah."Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan dikesan sedang memindahkan cecair disyaki minyak diesel dari sebuah lori tiga tan ke dalam tangki jenis IBC (Intermediate Bulk Container)."Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati lori tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki fiber tambahan di bahagian belakang bagi menampung muatan diesel dalam kuantiti besar," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pihak penguat kuasa turut menemui lapan invois pembelian yang menunjukkan suspek membuat pembelian berulang di stesen minyak sama di Sitiawan bagi mengumpul stok."Bekalan tersebut kemudiannya disimpan di stor sebelum dijual semula kepada pasaran industri," katanya.Kamalludin berkata, selain diesel, pihak KPDN turur menyita pelbagai barangan antaranya sebuah lori tiga tan, satu skid tank, dua tangki IBC, dua pam elektrik, satu tangki fiber serta empat unit hos dengan nilai rampasan berjumlah RM56,371.40.Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974."Siasatan akan dijalankan terhadap stesen minyak yang disyaki terlibat termasuk kemungkinan pembatalan Lesen Controlled Supply Act (CSA) Runcit sekiranya didapati bersalah," katanya.

Go to News Site