Collector
Mafia korporat: Tiada penglibatan SPRM setakat ini - KPN | Collector
Mafia korporat: Tiada penglibatan SPRM setakat ini - KPN
Sinar Harian

Mafia korporat: Tiada penglibatan SPRM setakat ini - KPN

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang bukti atau penglibatan dikesan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kegiatan 'mafia korporat' yang sedang disiasat.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sepanjang siasatan dijalankan sehingga kini, pihaknya masih belum menemui sebarang penglibatan SPRM dalam kegiatan berkenaan."Pada peringkat awal sehingga hari ini, tidak ada lagi penglibatan daripada SPRM. Namun, kita akan meneruskan siasatan seperti yang telah diarahkan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya masih perlu merakam keterangan beberapa individu yang berada di dalam dan luar negara dalam siasatan berkenaan."Tindakan susulan untuk memanggil individu di luar negara sedang diusahakan."Kita boleh memanggil mereka, namun apabila melibatkan negara asing, perkara ini memerlukan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) serta antara agensi dengan agensi," jelasnya lagi.Terdahulu, media melaporkan tuduhan yang mendakwa kononnya SPRM bekerjasama dengan 'mafia korporat' seharusnya disalurkan kepada pihak berkuasa melalui laporan rasmi.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, beliau menganggap dakwaan berkenaan sebagai maklumat yang belum disahkan.Sebelum ini, Bloomberg pada 12 Februari lalu mendakwa kewujudan 'mafia korporat' menyusup masuk ke dalam SPRM dengan pegawai tertinggi agensi itu terbabit dalam skim yang didalangi rangkaian ahli perniagaan bagi mengambil alih syarikat.

Go to News Site