Collector
'Saya tak hidup mewah, makan apa yang ada' - Azar Azmi dedah realiti sebenar kehidupan | Collector
'Saya tak hidup mewah, makan apa yang ada' - Azar Azmi dedah realiti sebenar kehidupan
Sinar Harian

'Saya tak hidup mewah, makan apa yang ada' - Azar Azmi dedah realiti sebenar kehidupan

LAMA menyepi, pelakon Azar Azmi baru-baru ini menggemparkan peminat dunia seni tanah air.Menerusi temu ramah eksklusif Melodi, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, berkongsi kisah peribadi yang cukup menyentuh hati, melibatkan kehidupan berkeluarga, kontroversi serta ujian yang dilaluinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Dalam sesi temu bual tersebut, Azar membuka cerita tentang kehidupannya yang lebih banyak memilih untuk mendiamkan diri daripada perhatian umum selepas mendirikan rumah tangga.Mengulas mengenai tidak aktif dalam dunia seni, Azar menjelaskan ia bukan kerana dia mahu menghilang, sebaliknya akur dengan kemahuan keluarga."Saya ada saja sebenarnya. Saya menjalani kehidupan macam orang-orang lain. Tak ada nak menonjolkan diri. Menjalani kehidupan berkeluarga."Saya tak ada keluar statement yang mengatakan yang saya nak berhenti berlakon. Saya sebenarnya menghormati keputusan keluarga mentua," jelasnya.Ditanya mengenai perihal perkahwinan dan suami sebagai pelindung isteri, pelakon drama Nur 2 dan Pujaan Hati Kanda itu mengakui cemburu melihat pasangan lain."Saya tak tahulah. Tapi kalau nak bandingkan dengan pasangan lain, saya jealous."Saya rasa, saya lebih kepada untuk menjaga anak-anak. Sebab itulah juga saya bertahan."Sebab saya mengimpikan satu keluarga yang saya tak nak fail. Biarlah sampai mati. Tapi saya tak sangka benda jadi seperti ini," ujar Azar sambil menitiskan air mata.Dalam pada itu, menjawab dakwaan berkaitan dua kes jenayah dikaitkan dengannya, Azar mengakui hatinya hancur.Direman dan muncul di khalayak dalam keadaan dua belah tangan bergari, Azar mengakui tiada tempat bergantung dan mendakwa menjadi mangsa keadaan. Malah dia mengakui detik hitam itu terjadi ketika dirinya sudah setengah tahun terputus dengan dunia luar."Saya tak tahu pihak berkuasa datang untuk ambil kita orang, saya sangat terkejut."Enam bulan sebelum itu saya diambil, saya tiada telefon. Jadi saya terputus connection dengan apa-apa cerita di luar. Orang mungkin akan cakap macam, "Ah kau ni cakap jer ini.""Saya telah direman, disoal siasat dan mengikut segala prosedur, tiada yang terkecuali. Saya sudah di sini pun, ada juga individu-individu yang rasa macam tak puas hati."Macam mana kau boleh keluar? Macam mana kau boleh lepas? Biasalah mulut orang ni kita tak boleh nak tutup," luahnya.Menolak tuduhan penipuan melibatkan amaun jutaan ringgit, Azar mendedahkan realiti sebenar dirinya dan keluarga melalui kesukaran hidup selepas menyepi.Peserta Dewi Remaja 2009/2010 itu juga mengaku pernah menjual buah dan cempedak goreng demi mencari rezeki."Sebab itu lah kalau saya cakap, saya tak semewah apa yang tulis dekat headline tu."Orang tak percaya saya pernah meniaga durian, meniaga cempedak. Aku pernah goreng sendiri."Kalau nak katakan cerita viral tu, pihak berkuasa ambil saya, saya buat benda tu, saya puas hati."Kalau saya guna duit tu, saya puas hati. Masalahnya kehidupan apa yang aku hadap dengan jumlah duit yang di headline tu tak tally. Itulah."Nak makan pun apa yang ada je," katanya.Ditanya tentang perasaannya yang seolah-olah dikhianati pasangan, pemegang watak Juita dalam drama Nur 2 itu pasrah. Matlamatnya kini bukan lagi tentang perkahwinan tetapi menumpukan kepada cahaya mata."Apabila berkeluarga, of course lah kita ada pasangan sahaja, berpaut sesama sendiri."Tetapi benda sudah jadi macam ini, entahlah. Saya rasa saya tidak boleh fikir pasal orang lain lah. Saya nak kena membesarkan budak-budak," tuturnya.Ketika namanya tular dan video memaparkan dirinya ditangkap dan digari menjadi perhatian warganet, Azar mengakui momen pedih itu dilalui sendirian. Malah dia kesal kerana terlalu percayakan orang lain."Rasa macam kita nak beritahu, saya tak buat benda tu. Tapi siapa nak percaya? Gambar terpampang macam tu, tangan dah ada gelang macam tu. That is the worst (momen)."Dalam kehidupan saya tidak pernah terbayang dan terfikir yang satu hari aku akan ke situ."Saya tiada siapa. Tiada tempat nak bercakap dan mengadu. Cuma ada dinding dan jeriji. Saya boleh cakap dengan siapa je?"Saya doa, "Tolong buktikan siapa yang betul, siapa yang salah. Tolonglah lindungi darah daging aku yang ada dekat luar." Sebab saya tak boleh nak buat apa kat dalam."Saya cukup menjaga nama keluarga namun sampai satu tahap saya merasakan penat sebenarnya hidup. Yang saya rasa, sudah lah, thats it hidup saya sudah tiada."Kalau saya buat benda (penipuan) tu, saya puas hati. Nak tangkap, ambil. Saya sudah habis enjoy dah benda-benda tu semua."Tapi masalahnya, mungkin kesilapan aku sebab terlalu percaya dekat orang," kongsinya.Walaupun kehilangan ibu, Arbaayah Aminah pada tahun 2015 dan bapa, Azmi Mohd Yusof pada awal tahun ini, Azar bersyukur memiliki kakak dan adik-adik yang menjadi tempat bersandar."Saya rasa nasib saya baik sebab ada seorang kakak dan adik-adik yang sangat supportive memberi semangat."Saya sudah down sebenarnya dan malu untuk hadap orang. Sebelum jumpa keluarga, saya dapat pinjam telefon sebab tak ada telefon. Telefon yang ada sekarang pun, orang pergi pinjam," tutur Azar dalam tangisan.Dalam masa yang sama, dia juga mengakui terharu dengan sokongan daripada orang ramai. Ujar Azar, kata-kata positif terhadapnya memberikan semangat untuk meneruskan hidup."Saya baca komen-komen, ada yang negatif, ada yang positif. Menusuk hati."Segelintir masih positif dengan saya. Walaupun tak kenal saya, orang-orang yang memberi kata-kata itu saya rasa seperti mereka sangat dekat."Dan saya rasa mereka ini datang daripada mana? Orang-orang baik ini yang tetap bagi semangat," kata Azar.Terdahulu, Azar dan suaminya telah ditahan bagi kes penipuan berkaitan penjualan tanah tidak wujud dan pelaburan jualan lembu. - Sinarplus

Go to News Site