Sinar Harian
MARANG - Bekas Ketua Wartawan Sinar Harian Terengganu, Mohd Lazim Endut, 62, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Gong Beris, di sini pada Jumaat.Isterinya, Azimah Ismail, 56, berkata, dia menemui Allahyarham di bahagian belakang rumah kira-kira jam 1 tengah hari ketika hendak menunaikan solat Zohor.Katanya, sebelum kejadian, Allahyarham sedang melakukan kerja di kawasan berkenaan.Allahyarham yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Untuk rekod, Mohd Lazim merupakan perintis yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar Sinar Harian pertama pada tahun 2006 dan berkhidmat sebagai Ketua Wartawan sehingga 2010.Beliau adalah wartawan berpengalaman yang aktif membuat liputan isu politik, ekonomi dan sosial di Terengganu.Selepas meninggalkan Sinar Harian, beliau terus aktif menulis serta turut berkhidmat dengan beberapa agensi media arus perdana yang lain.Selain mahir dalam laporan berita, Allahyarham juga dikenali sebagai seorang yang sangat meminati penulisan berbentuk puitis serta berbakat besar dalam menghasilkan skrip drama dan lirik lagu sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan.
Go to News Site