Collector
Suspek dalam tahanan polis, lolos ketika proses serahan kepada penjara | Collector
Suspek dalam tahanan polis, lolos ketika proses serahan kepada penjara
Sinar Harian

Suspek dalam tahanan polis, lolos ketika proses serahan kepada penjara

SHAH ALAM - Tahanan reman kes seksual kanak-kanak yang meloloskan diri daripada Penjara Sungai Buloh dipercayai melarikan diri semasa proses pendaftaran pulang orang kena tuduh (OKT).Menurut sumber, kejadian berlaku ketika suspek dan tahanan lain sedang dalam proses pengiringan oleh polis untuk untuk dihantar semula ke penjara selepas prosiding mahkamah di Mahkamah Shah Alam."Seperti kebiasaan, setiap tahanan yang dibawa pulang ke penjara akan dikumpulkan dan akan melalui beberapa tapisan keselamatan serta pendaftaran semula."Suspek masih lagi dalam kawalan polis kerana belum diserahkan kepada pihak penjara dan dia telah melarikan diri ke kawasan semak berbukit di sekitar kawasan kumbahan Penjara Sungai Buloh," katanya.Susulan kejadian jam 6 petang, Khamis itu gerakan mengesan suspek dilakukan segera di kawasan yang suspek melarikan diri.Ekoran kehilangan itu, polis mengeluarkan kenyataan media tahanan Penjara Sungai Buloh melarikan diri.Suspek dikenali Muhammad Hassan, berusia 24 tahun dan terlibat dengan lima kes jenayah termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksan dan merompak.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek turut berhadapan dengan kesalahan berkaitan imigresen.Dalam perkembangan sama, Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan polis dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT tersebut."Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini."Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus memastikan keselamatan tahanan dan orang awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran prosedur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Go to News Site