Collector
Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef didenda RM11,500 | Collector
Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef didenda RM11,500
Sinar Harian

Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef didenda RM11,500

SEREMBAN - Seorang cef sebuah hotel di Port Dickson mengaku bersalah selepas didapati memiliki dan menyimpan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Selain itu, tertuduh juga memiliki bahan lucah yang dijumpai di dalam alat perantinya di sebuah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson pada 6 April lalu.Mengikut dua pertuduhan yang dibacakan berasingan, Mohamad Saiful Ashraf Jaafar, 32, telah didapati memiliki bahan tersebut iaitu enam video di dalam pemacu pena (pendrive) manakala 23 gambar dan 100 video lucah lagi di dalam unit pemprosesan pusat (CPU) komputer miliknya.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan selain mempunyai anak berusia enam bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang.Tambahnya, dia juga perlu menanggung isteri, ayah dan adik-beradik lain.Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius.Tertuduh kemudiannnya dihukum penjara lima hari dari tarikh tangkapan 6 April 2026 dan didenda RM8,000 bagi pertuduhan pertama serta RM3,500 bagi pertuduhan kedua.Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, lelaki itu boleh dihukum penjara tambahan tiga bulan bagi setiap pertuduhan.Pada masa sama, tertuduh turut dikehendaki menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.

Go to News Site