Collector
Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef penjara 5 hari, didenda RM11,500 | Collector
Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef penjara 5 hari, didenda RM11,500
Sinar Harian

Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef penjara 5 hari, didenda RM11,500

SEREMBAN - [KEMAS KINI] Seorang cef sebuah hotel di Port Dickson dihukum penjara lima hari dan didenda RM11,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah.Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Saiful Ashraf Jaafar, 32, selepas dia mengaku bersalah.Beliau mengarahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan 6 April 2026.Tertuduh turut dikhendaki menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak iaitu enam video di dalam pemacu pena (pendrive) miliknya.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah didapati memiliki bahan lucah iaitu 23 gambar dan 100 video lucah di dalam serta unit pemprosesan pusat (CPU) komputer miliknya. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kesalahan itu dilakukan pada 6 April 2026 di sebuah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dan memberitahu bekerja sebagai cef selain mempunyai anak berusia enam bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang. Tambahnya, dia juga perlu menanggung isteri serta ayah termasuk adik-beradik.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,500, bagi pertuduhan kedua yang jumlah keseluruhan RM11,500.

Go to News Site