Collector
Gangguan seksual dalam tren: Suspek warga asing diberkas | Collector
Gangguan seksual dalam tren: Suspek warga asing diberkas
Sinar Harian

Gangguan seksual dalam tren: Suspek warga asing diberkas

SHAH ALAM - Lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual di dalam tren berjaya ditahan oleh pasukan Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ketika operasi mengesan suspek dijalankan.Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, suspek adalah seorang warga asing berusia lingkungan 19 tahun.Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan saksi pada 8 April 2026 yang mendakwa seorang lelaki telah menganggu penumpang wanita di dalam tren Laluan Kelana Jaya."Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan juga dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual yang berlaku di Stesen Kuchai, Laluan Putrajaya."Tindakan pantas pasukan Polis Bantuan Prasarana berjaya mengesan dan menahan suspek dalam tempoh kurang dari 24 jam. Ia mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan Polis Bantuan Prasarana dalam memastikan keselamatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Suspek telah dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan selanjutnya.Rapid Rail memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan."Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL menyeru semua pengguna agar segera membuat laporan kepada pegawai stesen atau anggota Polis Bantuan Prasarana yang bertugas sekiranya melihat atau menjadi mangsa sebarang gangguan supaya tindakan pantas dan sewajarnya dapat diambil," katanya.

Go to News Site