Collector
Hanya mampu jalani terapi sebulan sekali | Collector
Hanya mampu jalani terapi sebulan sekali
Sinar Harian

Hanya mampu jalani terapi sebulan sekali

IPOH – Kekangan kewangan membataskan usaha sebuah keluarga untuk menyediakan terapi terbaik buat anak yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) atau autisme apabila hanya mampu mendapatkan rawatan sebulan sekali di hospital kerajaan.Menurut Nurazlin Abd Hamid, 34, anaknya, Nur Nazneen Saffiya Muhammad Syafiq, 5, mula menunjukkan tanda perkembangan lambat sejak kecil apabila hanya mampu berjalan pada usia dua tahun tujuh bulan.Ujarnya, selepas menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), anaknya disahkan menghidap autisme ketika berusia tiga tahun."Pada awalnya memang sukar untuk terima tapi lama-kelamaan kami reda kerana sejak kecil kami sudah melihat dia berbeza daripada kanak-kanak lain."Cuma cabaran menjaga anak autisme tidak sama seperti membesarkan anak yang normal," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Taman Tasek Damai di sini.Selain Nur Nazneen Saffiya, perkahwinannya bersama Muhammad Syafiq Ismail, 34, turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Nur Nazneen Falisya, 9 dan Nur Hana Zulaikha, 3.Nurazlin berkata, cabaran utama menjaga anak autisme adalah dari segi pengurusan harian kerana anaknya masih belum mampu berdikari termasuk makan, mandi dan berkomunikasi.Menurutnya, Nur Nazneen Saffiya juga masih memakai lampin pakai buang kerana belum dapat menyatakan keperluan ke tandas, sekali gus meningkatkan kos perbelanjaan bulanan keluarga."Dia belum boleh panggil mama atau papa. Semua ke-perluannya kami uruskan sepenuhnya termasuk makan dan minum."Ketika ini dua anak masih menggunakan lampin pakai buang dan kos sahaja mencecah ratusan ringgit sebulan," katanya.Namun, Nurazlin mengakui beban kewangan sedikit ringan apabila anaknya kini menjalani sesi terapi di HRPB sebulan sekali tanpa bayaran selepas memiliki kad orang kurang upaya (OKU)."Saya mahu berikan rawatan terbaik untuk anak tapi tak mampu nak dapatkan terapi di pusat swasta secara kerap kerana kos tinggi."Memang banyak pusat terapi swasta yang menawarkan perkhidmatan untuk anak istimewa tetapi bayarannya bukanlah murah."Terapi swasta boleh mencecah lebih RM100 hingga RM200 satu sesi, memang di luar kemampuan kami," katanya.Menurut Nurazlin yang juga suri rumah, dia terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada keluarga, manakala suaminya bekerja di kilang dengan pendapa-tan sekitar RM3,500 sebulan.Sementara itu, Muhammad Syafiq berharap kerajaan dapat memperluas bantuan kepada keluarga yang mempunyai anak autisme termasuk menyediakan lebih banyak pusat terapi dan subsidi pendidikan."Sekarang ini kebanyakan sekolah khas adalah swasta. Memang ramai ibu bapa nak hantar anak jalani terapi sekerap mungkin."Kalau ada subsidi, dapat juga ringankan beban keluarga terutama golongan B40," katanya.Menurutnya, anggaran kos penjagaan anak autisme sahaja mencecah lebih RM300 sebulan termasuk yuran sekolah dan keperluan harian.

Go to News Site