Collector
LazMall catat lonjakan jualan enam kali ganda di Asia Tenggara | Collector
LazMall catat lonjakan jualan enam kali ganda di Asia Tenggara
Sinar Harian

LazMall catat lonjakan jualan enam kali ganda di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang, Lazada mencatat prestasi memberangsangkan sempena kempen Jualan Ulang Tahun ke-14 apabila LazMall merekodkan pertumbuhan nilai dagangan kasar (GMV) enam kali ganda di seluruh Asia Tenggara.Malaysia muncul antara pasaran paling kukuh dengan GMV keseluruhan platform meningkat lebih 5.5 kali ganda, manakala GMV LazMall melonjak sehingga 12 kali ganda, sekali gus mencerminkan perubahan corak pembelian pengguna yang semakin menitikberatkan kepercayaan dan ketulenan produk.Kempen yang berlangsung pada penghujung Mac lalu turut menunjukkan pengguna kini tidak lagi bergantung kepada faktor harga semata-mata, sebaliknya lebih cenderung memilih kedai jenama rasmi, produk tulen serta pengalaman beli-belah yang memudahkan keputusan pembelian.Sepanjang tempoh kempen, Lazada mencatatkan peningkatan GMV lebih 3.5 kali ganda di peringkat serantau berbanding tempoh bukan kempen, manakala LazMall terus mengatasi prestasi platform dengan pertumbuhan enam kali ganda.Di Malaysia, LazMall menyumbang 41 peratus daripada keseluruhan GMV platform, iaitu hampir separuh daripada jumlah jualan sepanjang kempen tersebut.Prestasi ini turut didorong oleh peningkatan keyakinan pengguna terhadap kedai rasmi, termasuk produk antarabangsa apabila kedai jenama dari TMALL dan Gmarket mencatat peningkatan pesanan sebanyak 2.5 kali ganda dan GMV 3.5 kali ganda di lima pasaran utama.Dalam pada itu, 100 penjual teratas LazMall di Malaysia mencatat lonjakan GMV lebih 24 kali ganda, berbanding lapan kali ganda di peringkat serantau, menunjukkan permintaan tinggi terhadap jenama yang dipercayai pengguna.Dari segi kategori, peralatan rumah mencatat pertumbuhan tertinggi dengan peningkatan 30 kali ganda, diikuti telefon bimbit dan tablet (28 kali ganda), kasut sukan dan pakaian (24 kali ganda), barangan runcit (21 kali ganda) serta produk kecantikan (15 kali ganda).Trend ini menunjukkan pengguna bukan sahaja membuat pembelian bernilai tinggi secara terancang, malah turut menggunakan platform untuk keperluan harian seperti barangan isi rumah, kesihatan dan penjagaan diri.Dalam masa sama, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut memainkan peranan penting apabila hampir 100,000 pengguna di rantau ini membuat pembelian selepas berinteraksi dengan pembantu beli-belah AI, Lazzie, menyumbang hampir AS$3 juta GMV sepanjang kempen.Ciri SmartStack yang diperkenalkan turut menarik kira-kira 2.5 juta pengguna harian dengan peningkatan trafik sebanyak 38 peratus, manakala interaksi pengguna dengan Lazzie meningkat empat kali ganda.Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata, pengguna kini semakin bijak dan teliti dalam membuat keputusan pembelian."Nilai masih penting, tetapi kepercayaan juga menjadi keutamaan. Pengguna mahu memastikan mereka membeli dari sumber yang betul, mendapatkan produk tulen dan membuat keputusan dengan yakin," katanya.Menurutnya, trend tersebut mencerminkan perubahan landskap e-dagang di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia yang semakin menunjukkan kematangan dalam corak pembelian pengguna.Jelas beliau, Lazada akan terus memperkukuh pelaburan dalam LazMall serta teknologi AI bagi memastikan pengalaman beli-belah yang lebih lancar, selamat dan dipercayai kepada pengguna.

Go to News Site