Sinar Harian
SHAH ALAM - Anak autisme berisiko mengalami kelewatan berpanjangan dari aspek kemahiran hidup, komunikasi dan pembelajaran sekiranya ibu bapa tidak memberikan intervensi awal melalui terapi.Pengasas MANOTS Therapy Sdn Bhd, Adilah Othman berkata, meskipun kos terapi mencecah ribuan ringgit, namun ia pelaburan awal bagi mengurangkan perbelanjaan jangka panjang.Ini kerana, jelas beliau, berdasarkan kajian global, kegagalan intervensi awal boleh menyebabkan kos sepanjang hayat mencecah lebih RM1 juta bagi setiap individu autisme."Jika terapi dimulakan lebih awal secara konsisten, perkembangan anak boleh berlaku dengan lebih cepat."Oleh itu, ibu bapa wajar melihat terapi anak-anak autisme ini sebagai pelaburan jangka panjang," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Adilah, kebanyakan ibu bapa membelanjakan sekitar RM1,500 hingga RM6,000 sebulan untuk terapi anak autisme melibatkan penjagaan khusus, kepakaran profesional dan bahan pembelajaran tambahan.Katanya, setiap kanak-kanak perlu menjalani penilaian awal yang profesional, komprehensif dan berstruktur bagi mengenal pasti profil perkembangan secara tepat.Adilah yang juga Pengarah Klinikal pusat terapi berkenaan berkata, intervensi berfokus membolehkan juruterapi seperti pertuturan, terapi cara kerja dan tingkah laku melaksanakan sesi intensif yang relevan mengikut individu.Katanya, pendekatan berkumpulan atau berskala besar kurang berkesan kerana setiap anak memerlukan pemantauan rapi dan pelarasan berterusan."Bekerja dengan 'anak syurga' memerlukan empati, kesabaran dan komitmen tinggi."Mengendalikan anak istimewa yang hiperaktif misalnya, memerlukan pendekatan konsisten, maka pelaburan terhadap perkembangan profesional staf penting bagi mengekalkan kualiti rawatan," ujarnya.Beliau turut menegaskan intervensi perlu diteruskan di rumah mengikut panduan juruterapi.Bagi membantu ibu bapa, MANOTS menyalurkan maklumat bantuan seperti pusat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Insan Istimewa Selangor (ANIS)."Isunya bukan hanya kos tetapi sama ada kita bertindak awal atau menanggung kos jauh lebih besar pada masa depan."Kesedaran terhadap autisme memerlukan komitmen menyeluruh semua pihak, melangkaui institusi kesihatan dan pendidikan semata-mata," kata beliau.
Go to News Site