Collector
Seorang maut, dua cedera kereta terbabas | Collector
Seorang maut, dua cedera kereta terbabas
Sinar Harian

Seorang maut, dua cedera kereta terbabas

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di hadapan Kolej Poly-Tech Mara, Jalan Gambang di sini awal pagi Sabtu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas digerakkan ke lokasi.Menurutnya, pasukan tiba pada jam 5.16 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira yang terbabas ke bahu jalan."Terdapat empat mangsa terlibat terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa."Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lelaki mengalami kecederaan iaitu patah tangan kiri dan cedera di kaki dan seorang perempuan dilaporkan selamat," katanya dalam satu-satu kenyataan pada Sabtu.Mengulas lanjut mengenai operasi, beliau menjelaskan pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut."Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan manakala identiti mangsa yang maut masih belum ditemui buat masa ini," katanya lagi.Jelasnya, operasi menyelamat tersebut berjaya dikawal pada jam 5.41 pagi dan ditamatkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.

Go to News Site