Collector
Petronas bukan tabung kerajaan untuk tampung sepenuhnya subsidi - Tengku Zafrul | Collector
Petronas bukan tabung kerajaan untuk tampung sepenuhnya subsidi - Tengku Zafrul
Sinar Harian

Petronas bukan tabung kerajaan untuk tampung sepenuhnya subsidi - Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Keuntungan syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk menampung subsidi memandangkan ia bukan tabung kerajaan.Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Petronas merupakan syarikat komersial yang mempunyai kos, hutang dan pelaburan.Menurutnya, oleh sebab itu tidak semua hasil syarikat minyak negara itu boleh digunakan sesuka hati oleh kerajaan."Ambil contoh tahun 2025, hasil Petronas RM266 bilion dan untung RM45.4 bilion. Nampak besar, tetapi itu bukan duit percuma kerana perlu bayar hutang, melabur dan menampung operasi."Kerajaan ambil sebahagian sahaja dan sebenarnya Petronas sudah banyak membantu negara, termasuk RM20 bilion dividen untuk tahun 2026 serta sekitar RM1.5 trilion sejak 1974," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Beliau berkata, Petronas bukan sumber kewangan yang tidak terhad, apatah lagi dalam keadaan kerajaan menanggung kos subsidi yang tinggi.Katanya, subsidi ketika ini dianggarkan sekitar RM4 bilion sebulan atau RM48 bilion setahun, namun masih tidak mencukupi berbanding tambahan hasil minyak sekitar RM10 bilion hingga RM14 bilion.Mengulas lanjut, beliau memberi analogi seorang peniaga runcit yang membelanjakan keuntungan tanpa perancangan kewangan berhemat."Bayangkan seorang peniaga, Ali, yang menggunakan wang di kaunter sesuka hati. Hujung bulan pembekal datang minta bayaran, stok nak kena tambah tapi duit tak cukup."Kemudian Ali pelik, kedai laku tapi duit mana pergi sebab semua dah habis dibelanja. Kita tak nak Petronas jadi macam itu."Kalau semua keuntungan dihabiskan, pelaburan berhenti, pengeluaran jatuh, hasil masa depan susut. Ini bukan jimat, ini makan masa depan," katanya.Beliau menegaskan, isu sebenar bukan sama ada Petronas mencatat keuntungan atau tidak, sebaliknya bagaimana kekayaan negara diurus supaya mencukupi untuk keperluan semasa dan masa depan.

Go to News Site