Collector
'Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak' | Collector
'Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak'
Sinar Harian

'Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak'

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun memerlukan bantuan untuk menampung kos rawatan di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut meragut nyawa ibunya di Baung di sini, Jumaat lalu.Mangsa, Abdul Dayyan Saeman, mengalami kecederaan serius iaitu tempurung kepala pecah dan pendarahan dalam otak selain patah pada bahagian lengan kiri dengan tulang tertusuk di bahu.Dalam kejadian itu, ibunya, Nur Fatihah Maulad Mat Min, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurut bapa kanak-kanak itu, Saeman Abu Hanifah, 42, yang bekerja sebagai buruh binaan, anaknya baru dua hari dipindahkan ke wad biasa di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) selepas empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Menurutnya, anaknya sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum dipindahkan ke HPUSM akibat kecederaan parah."Keadaan anak saya kritikal pada awalnya, doktor terpaksa memantau rapi kerana berlaku pendarahan dalam kepala," katanya ketika ditemui di HPUSM di sini pada Jumaat.Saeman berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika bekas isterinya menunggang motosikal sambil membonceng anak bongsu mereka sebelum terbabas di kawasan Baung.Katanya, sejak kejadian itu dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anaknya yang masih memerlukan pemantauan di hospital."Biasa kalau kerja buat rumah batu, saya akan dapat sekitar RM70 sehari, tapi tidak menentu."Ini tak ada langsung pendapatan sebab sudah seminggu saya perlu jaga anak di wad," katanya.Saeman berkata, dia terpaksa berhutang dengan ibu saudaranya bagi menjelaskan kos pembedahan berjumlah RM900 bagi membuang darah beku di kepala Abdul Dayyan.Dia kini buntu memikirkan kos keseluruhan rawatan dan keperluan anaknya yang dianggarkan sekitar RM2,000 termasuk lampin pakai buang dan keperluan harian."Anak saya sebelum ini empat hari di ICU dan dua hari di wad biasa. Dia juga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang."Saya tak tahu mana nak dapatkan duit nak jelaskan bil-bil rawatan ini apabila dibenarkan pulang nanti," katanya.Saeman juga mempunyai dua lagi anak bersama Nur Fatihah yang kini tinggal bersama ibu bapa angkat di Pahang.Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional 0300141100075797 atau menghubungi 016-214193.

Go to News Site